35 32. Pegawai Pakar Bidang Khusus boleh bertukar keluar daripada laluan pakar bidang khusus dan kembali ke laluan hakiki atas kepentingan perkhidmatan melalui pertimbangan LKP setelah berada sekurang-kurangnya tiga (3) tahun di tahap/gred semasa dalam salah satu keadaan yang berikut: (a) dicalonkan oleh Ketua Perkhidmatan untuk mengisi jawatan strategik atau pemangkuan ke jawatan yang lebih tinggi tertakluk syarat kenaikan pangkat yang berkuat kuasa; atau (b) ditempatkan ke jawatan hakiki di gred setara. Kepentingan perkhidmatan bermaksud apa–apa perancangan yang ditentukan oleh Ketua Perkhidmatan yang mewajarkan seseorang pegawai bertukar keluar daripada laluan pakar bidang khusus. 33. Pegawai Pakar Bidang Khusus yang bertukar keluar daripada laluan pakar bidang khusus atas kepentingan perkhidmatan boleh dipertimbangkan kemasukan semula ke laluan pakar bidang khusus tidak kurang daripada tempoh lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan daripada laluan pakar bidang khusus tertakluk pegawai pakar bidang khusus tersebut juga perlu melepasi semua syarat kemasukan yang ditetapkan serta diluluskan oleh LKP. 34. LKP boleh memutuskan pegawai pakar bidang khusus dikeluarkan daripada laluan pakar bidang khusus dan kembali ke laluan hakiki dalam salah satu keadaan seperti yang berikut: (a) tidak mencapai tahap prestasi yang ditetapkan (kurang daripada 85% penilaian pakar bidang khusus tahunan – penilaian prestasi tahunan dan penugasan khas) bagi tempoh tiga (3) tahun berturut-turut atau tempoh yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan; (b) tidak melaksanakan penugasan khas dalam tempoh penilaian tahunan; (c) masalah kesihatan yang menjejaskan fungsi kepakaran; (d) pegawai memohon keluar dari laluan pakar bidang khusus; atau (e) apa-apa sebab yang munasabah berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa. 35. Mana-mana pegawai yang dikeluarkan daripada laluan pakar bidang khusus seperti mana yang dinyatakan dalam perenggan 34, perlu ditempatkan ke jawatan hakiki
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy