34 Jadual 5: Contoh Simulasi Penilaian Agregat Pencapaian Pakar Bidang Khusus bagi peningkatan Tahap 2 ke Tahap 3 (berdasarkan pecahan wajaran di Tahap 3) Tahun Penilaian TAHUN 1 (%) TAHUN 2 (%) TAHUN 3 (%) Wajaran * (A) [40] (B) [60] (A) [40] (B) [60] (A) [40] (B) [60] Markah Penilaian Tahunan 93 [37.2] 91 [54.6] 90 [36.0] 90 [54.0] 92 [36.8] 93 [55.8] Markah Penilaian Agregat Pencapaian Pakar Bidang Khusus 91.8 90.0 92.6 KESELURUHAN 91.5 (LAYAK) *(A) & (B) rujuk Jadual 3. Pengekalan Di Tahap Kepakaran Semasa 28. Pegawai Pakar Bidang Khusus yang tidak melepasi penilaian peningkatan tahap melalui pemangkuan ke gred seterusnya akan kekal berada di laluan pakar bidang khusus pada tahap/gred yang sama mengikut keperluan dan perancangan Ketua Perkhidmatan. 29. Pegawai Pakar Bidang Khusus yang berada di Tahap 4 perlu melaksanakan penugasan khas untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga (3) tahun. Pelaksanaan penugasan khas pada tahun berikutnya adalah tertakluk kepada keperluan dan perancangan Ketua Perkhidmatan. 30. Contoh kemajuan kerjaya laluan pakar bidang khusus adalah seperti yang dirumuskan di Lampiran B. TADBIR URUS PEGAWAI PAKAR BIDANG KHUSUS 31. Pegawai Pakar Bidang Khusus hendaklah kekal dalam bidang kepakaran yang sama sepanjang berada di laluan pakar bidang khusus.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy