Kemajuan Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam

 33 Jadual 4: Tempoh perkhidmatan minimum bagi peningkatan tahap Peningkatan tahap Tahap 1 ke Tahap 2 Tahap 2 ke Tahap 3 Tahap 3 ke Tahap 4 Tempoh minimum 5 tahun 4 tahun 3 tahun (b) memenuhi syarat asas yang berikut: (i) lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); (ii) telah mengisytiharkan harta; (iii) bebas daripada hukuman tatatertib; dan (iv) bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan; (c) mencapai sekurangnya-kurangnya 90% markah penilaian kepakaran (dengan mencapai sekurang-kurangnya 90% markah bagi setiap penilaian prestasi tahunan dan penugasan khas di tahap semasa) untuk tempoh tiga (3) tahun penilaian berdasarkan kepada pecahan wajaran di tahap berikutnya; (d) mempunyai baki tempoh perkhidmatan wajib sekurang-kurangnya empat (4) tahun daripada tarikh perakuan JKI; dan (e) melepasi penilaian tingkah laku & kompetensi pakar bidang khusus. 27. Formula pengiraan markah keseluruhan Penilaian Agregat Pencapaian Pakar Bidang Khusus seperti yang dinyatakan di perenggan 26(c) adalah seperti di Rajah 1 dan contoh simulasi penilaian adalah seperti di Jadual 5 di bawah. Rajah 1: Formula Pengiraan Markah Keseluruhan Penilaian Agregat Pencapaian Pakar Bidang Khusus Tahun 1 (Pen. Agregat) + Tahun 2 (Pen. Agregat) + Tahun 3 (Pen. Agregat) 3

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy