Kemajuan Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam

 32 Kenaikan Pangkat 23. Pegawai Pakar Bidang Khusus yang telah memangku sekurang-kurangnya satu (1) tahun, boleh diperakukan kenaikan pangkat oleh JKI sekiranya berpuas hati dengan prestasi pegawai di gred kepakaran yang dipangku dan memenuhi semua syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan untuk pertimbangan LKP seperti yang berikut: (a) syarat asas: (i) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); (ii) bebas daripada hukuman tatatertib; dan (iii) bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan. (b) melepasi markah 90% bagi penugasan khas tahun pertama; dan (c) melepasi markah 90% bagi penilaian prestasi tahunan terkini. 24. Bagi pegawai yang pertama kali memangku di laluan pakar bidang khusus namun gagal dinaikkan pangkat dalam tempoh dua (2) tahun mulai daripada tarikh pemangkuan, JKI hendaklah memperakukan kepada LKP supaya pegawai dikeluarkan daripada laluan pakar bidang khusus. Walau bagaimanapun, bagi pegawai yang gagal dinaikkan pangkat bagi tujuan peningkatan tahap untuk tempoh dua (2) tahun mulai daripada tarikh pemangkuan, JKI boleh memperakukan kepada LKP supaya pegawai dikembalikan ke tahap sebelum pemangkuan. 25. LKP boleh membuat apa-apa keputusan berhubung dengan kenaikan pangkat pegawai berdasarkan peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa. Peningkatan Tahap Kepakaran Melalui Pemangkuan Ke Gred Seterusnya 26. Pegawai Pakar Bidang Khusus boleh diperakukan oleh JKI untuk peningkatan tahap melalui pemangkuan ke gred seterusnya melalui pertimbangan LKP setelah memenuhi kesemua syarat yang ditetapkan seperti yang berikut: (a) memenuhi tempoh perkhidmatan minimum di tahap semasa seperti di Jadual 4 yang berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy