Kemajuan Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam

 31 bagi pegawai dalam bidang profesional/ teknikal, ATAU sekurang-kurangnya tujuh (7) tahun bagi pegawai dalam bidang pengurusan. (iii) Sumbangan: (1) Penulisan dan Pembentangan Ilmiah atau Laporan Teknikal - penghasilan bahan rujukan dan laporan profesional dalam bidang kepakarannya; (2) Penyelidikan dan Pembangunan - penghasilan kajian berkaitan dengan bidang kepakaran yang berimpak tinggi dan dijadikan rujukan dari dalam atau luar organisasi; (3) Konsultasi dan Khidmat Rundingan – menjalankan khidmat runding cara secara project-based dalam skop kepakaran kepada pelbagai pihak dalam dan luar organisasi; (4) Coaching and Mentoring - keupayaan melahirkan dan membentuk pelapis yang mempunyai kepakaran yang sama; atau (5) Item lain yang bersesuaian dengan skim perkhidmatan - kriteria khusus yang dibangunkan berdasarkan keunikan sesuatu skim perkhidmatan. (iv) Penilaian Tingkah laku & Kompetensi Pakar Bidang Khusus: (1) 360° SME - pengesahan daripada pegawai penilai, rakan sejawat dan pegawai bawahan mengenai kepakaran pegawai; dan (2) Kompetensi Kepakaran - Ujian Psikometrik atau instrumen penilaian lain yang ditentukan mengikut keperluan. 22. Pegawai yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti di perenggan 21 dan diperakui di peringkat JKI boleh dipertimbangkan oleh LKP untuk diiktiraf sebagai Pakar Bidang Khusus melalui pemangkuan ke satu gred lebih tinggi secara KUP.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy