30 Kemasukan 21. Pegawai boleh memohon ke laluan pakar bidang khusus dan perlu melepasi syarat asas dan kriteria penilaian kemasukan laluan pakar bidang khusus seperti yang berikut: (a) Syarat asas: (i) pegawai berada di gred 10/12/13/14 atau setaraf; (ii) berkhidmat secara tetap sekurang-kurangnya 8 tahun dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional; (iii) mempunyai baki tempoh perkhidmatan wajib sekurang-kurangnya empat (4) tahun bermula daripada tarikh permohonan; (iv) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); (v) bebas daripada hukuman tatatertib; (vi) telah mengisytiharkan harta; dan (vii) bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar daripada institusi pinjaman pendidikan. (b) Kriteria penilaian khusus: (i) mencapai markah penilaian prestasi tahunan 90% dan ke atas untuk tempoh tiga (3) tahun terkini secara berturut-turut; (ii) Pencapaian Akademik & Pengalaman: (1) Pencapaian Akademik - memiliki pencapaian akademik/sijil ikhtisas/sarjana/Ph.D berkaitan dengan bidang kepakaran; (2) Anugerah/Pengiktirafan - anugerah/pengiktirafan yang diterima di peringkat universiti, sektoral, negara atau antarabangsa berkaitan dengan bidang kepakaran; (3) Kelayakan Profesional - memiliki kelayakan profesional dari badan profesional yang diiktiraf di peringkat negara atau antarabangsa; dan (4) Pengalaman Bekerja - tempoh perkhidmatan dalam bidang kepakaran berkaitan sekurang - kurangnya lima (5) tahun
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy