29 Elemen Tahap 1 (Gred 12) Tahap 2 (Gred 13) Tahap 3 (Gred 14) Tahap 4 (Gred Khas C) 5. Dimensi lain yang relevan dengan bidang (sekiranya ada) NOTA: Definisi dan huraian Jadual 2 adalah seperti di Lampiran A. Penilaian Prestasi Tahunan Pakar Bidang Khusus 19. Pegawai Pakar Bidang Khusus perlu mencapai sekurangnya-kurangnya 85% markah keseluruhan penilaian pakar bidang khusus tahunan di tahap semasa (dengan mencapai sekurang-kurangnya 85% markah bagi setiap penilaian prestasi tahunan dan penugasan khas) berdasarkan pecahan wajaran penilaian seperti di Jadual 3 di bawah. Jadual 3: Wajaran penilaian pakar bidang khusus mengikut tahap Penilaian tahunan (A) + (B) ≥ 85% Wajaran Tahap (Gred) T1 (%) T2 (%) T3 (%) T4 (%) (A) Penilaian Prestasi 80 60 40 20 (B) Penugasan Khas 20 40 60 80 (C) Penilaian Khas T3/T4 TB* TB* * TB: Tidak Berkenaan URUSAN PERKHIDMATAN LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS 20. Pelaksanaan kemajuan kerjaya laluan pakar bidang khusus melibatkan empat (4) urusan seperti yang berikut: (a) kemasukan; (b) kenaikan pangkat; (c) peningkatan tahap melalui pemangkuan ke gred seterusnya; dan (d) pengekalan dalam tahap kepakaran semasa.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy