Kemajuan Kerjaya

 1-9 26. Pegawai SME akan dinilai semula tahap kepakaran pada tahun berikutnya dan perlu melepasi markah keseluruhan 90% tahun terkini penilaian (tertakluk tidak kurang 85% bagi LNPT dan SSA) dan diperaku oleh JKI, boleh dipertimbangkan oleh LKP untuk diberi pemangkuan ke gred berikutnya. 27. Pegawai boleh terkeluar dari laluan SME sekiranya masih gagal melepasi penilaian peningkatan tahap kepakaran dalam tempoh dua (2) tahun berikutnya dengan markah keseluruhan tahun terkini kurang daripada 90%. TADBIR URUS PEGAWAI SME 28. Pegawai SME hendaklah kekal dalam bidang kepakaran yang sama sepanjang berada di laluan SME. 29. Pegawai SME yang ditukarkan daripada laluan SME atas keperluan perkhidmatan boleh dipertimbangkan kemasukan semula ke laluan SME tertakluk melepasi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan. Keperluan perkhidmatan bermaksud apa–apa perkara yang ditentukan oleh Ketua Perkhidmatan yang mewajarkan seseorang pegawai bertukar laluan SME. 30. LKP boleh memutuskan pegawai SME terkeluar daripada laluan SME dan kembali ke laluan hakiki serta tidak layak menerima apa-apa faedah dan gelaran yang berkaitan SME dalam salah satu keadaan seperti berikut: (a) tidak mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) masalah kesihatan yang menjejaskan fungsi kepakaran; (c) pegawai memohon keluar dari laluan SME; atau (d) apa-apa sebab yang munasabah berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa. 31. Pegawai yang terkeluar dari laluan SME hanya boleh dipertimbangkan semula ke laluan SME tidak kurang daripada tempoh tiga (3) tahun. 32. Pegawai SME yang telah mencapai gred tertinggi dalam laluan SME boleh dicalonkan oleh Ketua Perkhidmatan untuk mengisi jawatan strategik atau pemangkuan ke jawatan yang lebih tinggi dengan syarat pegawai mengekalkan prestasi cemerlang sepanjang berada dalam laluan SME dan mencapai tahap kompetensi dan potensi yang ditetapkan mengikut pemakaian skim perkhidmatan masing-masing tertakluk kelulusan oleh LKP.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy