27 12. Penyetaraan tahap Pakar Bidang Khusus mengikut gred jawatan adalah seperti di Jadual 1 yang berikut: Jadual 1: Tahap Pakar Bidang Khusus dan Gred/ Gelaran Jawatan Tahap Pakar Bidang Khusus Gred dan Gelaran Jawatan Tahap 1 Gred 12 (KUP) Pakar Bidang Khusus Tahap 2 Gred 13 (KUP) Pakar Bidang Khusus Tahap 3 Gred 14 (KUP) Pakar Bidang Khusus Tahap 4 Gred Khas C (KUP) Pakar Bidang Khusus 13. Kenaikan gred pegawai pakar bidang khusus tidak dikaitkan dengan pertambahan kuasa perintah dan kawalan atau tugas penyeliaan kepada pegawai pakar bidang khusus. 14. Bilangan pegawai pakar bidang khusus yang bersesuaian adalah berdasarkan kepada perancangan dan unjuran keperluan tenaga pakar oleh Ketua Perkhidmatan mengikut kemampuan jabatan. 15. Ketua Jabatan hendaklah merancang penempatan pegawai pakar bidang khusus mengikut sandangan jawatan yang bersesuaian dengan mengambil kira keharmonian struktur organisasi serta tugas penyeliaan di jawatan tersebut. Penugasan Khas - Pakar Bidang Khusus 16. Pegawai Pakar Bidang Khusus hendaklah melaksanakan penugasan khas mengikut bidang dan tahap kepakaran sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan sebagai skop tugasan tambahan kepada tugas berdasarkan jawatan/ tugas hakiki di jawatan sedia ada. 17. Asas penetapan penugasan khas di bawah bidang kepakaran yang telah diiktiraf hendaklah mencapai matlamat dan objektif organisasi berdasarkan prinsip seperti yang berikut: (a) penetapan tugas hendaklah dibuat secara objektif, adil dan telus mengikut tahap kepakaran;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy