26 Tanggungjawab JKISC 8. JKISC hendaklah melaksanakan perkara seperti yang berikut: (a) meluluskan bidang kepakaran; (b) melantik anggota JKKSC; (c) memperakukan kriteria penilaian, dan pindaannya kepada urus setia LKP di JPA; (d) memperakukan calon pegawai untuk kemasukan ke laluan pakar bidang khusus; (e) memperakukan kenaikan pangkat pegawai pakar bidang khusus; dan (f) memperakukan pegawai pakar bidang khusus untuk pengekalan di tahap semasa/ pemangkuan ke gred seterusnya. Tanggungjawab JKKSC 9. JKKSC bertanggungjawab melaksanakan perkara seperti yang berikut: (a) menjalankan tapisan calon pegawai melalui kaedah yang bersesuaian; (b) mengemukakan keputusan penilaian kepakaran kepada JKISC; (c) menyemak dan menambah baik kriteria penilaian kepakaran; dan (d) menilai pencapaian pegawai pakar bidang khusus setiap tahun. PRINSIP KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS Struktur Laluan Pakar Bidang Khusus 10. Kaedah pengiktirafan pegawai ke laluan Pakar Bidang Khusus akan dilaksanakan melalui urusan pemangkuan/ kenaikan pangkat tanpa kekosongan jawatan secara Khas Untuk Penyandang (KUP) atas jawatan sedia ada tertakluk kepada memenuhi syarat yang ditetapkan dan dipertimbangkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat (LKP). 11. Pengiktirafan pegawai ke laluan Pakar Bidang Khusus boleh bermula di manamana tahap mengikut keperluan dan perancangan Ketua Perkhidmatan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy