25 UP.6.1.1. JKISC hendaklah melantik anggota JKKSC yang berkepakaran dalam bidang yang ditetapkan bagi memastikan penilaian kepakaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. 6. Anggota JKKSC yang dilantik boleh terdiri daripada pegawai awam, pesara, ahli akademik atau pihak swasta yang memenuhi kriteria seperti yang berikut: (a) memiliki pengalaman luas dalam bidang kepakaran*; (b) mempunyai sumbangan dalam bidang kepakaran; (c) mendapat pengiktirafan dalam bidang kepakaran sama ada di peringkat negara atau antarabangsa; dan (d) kriteria lain yang ditentukan oleh JKISC, jika perlu. (* Tahap kepakaran anggota JKKSC hendaklah melebihi tahap kepakaran pegawai yang akan dinilai.) Tanggungjawab Ketua Perkhidmatan 7. Ketua Perkhidmatan bertanggungjawab melaksanakan perkara seperti yang berikut: (a) mengkaji dan menentukan bidang kepakaran berdasarkan hala tuju kementerian/ jabatan/ agensi dan negara; (b) merancang dan membuat unjuran keperluan tenaga pakar; (c) membangunkan dasar dan pelan pembangunan kepakaran; (d) membangunkan kriteria dan perincian penilaian kepakaran serta mekanisme tapisan kepakaran; (e) membangunkan kamus kompetensi bidang kepakaran; (f) menetapkan penugasan khas pegawai pakar bidang khusus; dan (g) mengurus dan memantau pelaksanaan laluan pakar bidang khusus di peringkat kementerian/ jabatan/ agensi.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy