Kemajuan Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam

 24 “Lembaga Kenaikan Pangkat (LKP)” ertinya Suruhanjaya atau mana-mana Lembaga Kenaikan Pangkat bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi sebagaimana yang ditubuhkan di bawah manamana peraturan yang berkuat kuasa; “penilaian prestasi tahunan” ertinya sistem pengurusan prestasi tahunan pegawai melalui MyPerformance bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan dan MyKPI bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau mana-mana sistem pengurusan prestasi yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa; “Penilaian Agregat Pencapaian Pakar Bidang Khusus” ertinya penilaian prestasi tahunan pegawai pakar bidang khusus melibatkan gabungan penilaian prestasi dan penilaian Penugasan Khas - Pakar Bidang Khusus dengan pecahan wajaran mengikut tahap pakar bidang khusus bagi tujuan pengekalan pegawai dalam laluan pakar bidang khusus dan peningkatan tahap melalui pemangkuan ke gred seterusnya; “Penugasan Khas - Pakar Bidang Khusus” ertinya penugasan khas yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan berkaitan dengan bidang dan tahap kepakaran sebagai salah satu instrumen penilaian prestasi pakar bidang khusus tahunan tambahan kepada prestasi sedia ada. PERANCANGAN DAN PENENTUAN BIDANG KEPAKARAN 3. Ketua Perkhidmatan hendaklah merancang dan menentukan bidang kepakaran berdasarkan fungsi utama kementerian/ jabatan/ agensi selaras dengan visi dan misi organisasi ke arah merealisasikan hala tuju negara. Bidang kepakaran yang boleh dipertimbangkan adalah bidang yang disenaraikan oleh badan profesional/ institusi profesional/ institusi pengajian tinggi/ institusi kemahiran awam/ agensi antarabangsa sebagai bidang berimpak tinggi. 4. Bagi memastikan penggunaan sumber manusia yang optimum, unjuran keperluan tenaga pakar hendaklah dibuat berdasarkan kepada perancangan dan kemampuan kementerian/ jabatan/ agensi. PEMBENTUKAN JAWATANKUASA 5. Pembentukan Jawatankuasa Induk Search Committee (JKISC) dan Jawatankuasa Kerja Search Committee (JKKSC) adalah berdasarkan Ceraian

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy