23 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN TUJUAN 1. Garis panduan ini menjelaskan prinsip dan kaedah pelaksanaan kemajuan kerjaya laluan Pakar Bidang Khusus bagi pegawai perkhidmatan awam. TAFSIRAN 2. Bagi maksud garis panduan ini: “Jawatankuasa Induk (JKI)” merujuk kepada jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Ceraian UP.6.1.1 - Panduan Mewujudkan Search Committee dan Proses Pelaksanaan Pelan Penggantian (Succession Planning) bagi menjalankan fungsi utama memperakukan calon pakar bidang khusus kepada Lembaga Kenaikan Pangkat; “Jawatankuasa Kerja (JKK)” merujuk kepada jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Ceraian UP.6.1.1 bagi menjalankan fungsi utama penilaian kepakaran pakar bidang khusus; “jawatan strategik” ertinya jawatan tertinggi dalam sebuah kementerian/ jabatan/ agensi/ bahagian/ cawangan atau apa-apa jawatan lain yang ditentukan oleh Ketua Perkhidmatan sama ada di peringkat persekutuan, negeri atau daerah yang mempunyai skop fungsi sebagai peneraju, penentu visi, misi dan objektif/ hala tuju, perancangan dan penilaian, pelan strategik dan dasar, penyelidikan dan pembangunan serta pengurusan sumber strategik yang melibatkan kewangan, modal insan dan harta modal; “kamus kompetensi kepakaran” bermaksud dokumen yang mengandungi hala tuju bidang, kriteria, kompetensi tahap kepakaran, pelan pembangunan dan program latihan pakar bidang khusus; “Ketua Perkhidmatan” ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai Ketua Perkhidmatan;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy