Kemajuan Kerjaya

 1-2 dan ke atas sebagaimana yang diberi kuasa mengikut undang-undang yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara; “Perkhidmatan Gunasama” bermaksud skim perkhidmatan yang mana Ketua Perkhidmatannya ialah KPPA; “Penugasan Khas SME – SME Special Assignment (SSA)” bermaksud penugasan khas yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan berkaitan bidang dan tahap kepakaran selain tugas berdasarkan jawatan (job description) bagi tujuan kenaikan pangkat dan pemangkuan ke gred seterusnya. PERANCANGAN DAN PENENTUAN BIDANG KEPAKARAN 3. Ketua Perkhidmatan hendaklah merancang dan menentukan bidang kepakaran berdasarkan fungsi utama jabatan selaras dengan visi dan misi organisasi ke arah merealisasikan hala tuju negara. Penentuan bidang kepakaran ini adalah bagi memenuhi keperluan jangka masa panjang dan sederhana jabatan. 4. Contoh kaedah analisis keperluan kepakaran adalah seperti di Lampiran A1 dan contoh format penentuan dan unjuran bidang kepakaran adalah seperti di Lampiran A2. PEMBENTUKAN JAWATANKUASA 5. Pembentukan Jawatankuasa Induk (JKI) dan Jawatankuasa Kerja (JKK) adalah berdasarkan Ceraian UP.6.1.1 JKI hendaklah melantik anggota JKK yang berkepakaran dalam bidang yang ditetapkan bagi memastikan penilaian kepakaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. 6. Anggota* JKK yang dilantik boleh terdiri daripada pegawai awam, pesara, ahli akademik atau pihak swasta yang memenuhi kriteria seperti berikut: (a) memiliki pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang kepakaran; (b) sumbangan luas dalam bidang kepakaran; (c) mendapat pengiktirafan dalam bidang kepakaran sama ada di peringkat negara atau antarabangsa; dan (d) kriteria lain yang ditentukan oleh JKI, jika perlu. *Tahap kepakaran anggota hendaklah melebihi tahap kepakaran pegawai yang akan dinilai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy