Kemajuan Kerjaya

 1-1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN TUJUAN 1. Garis panduan ini menjelaskan kaedah pelaksanaan kemajuan kerjaya laluan SME bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. TAFSIRAN 2. Bagi maksud garis panduan ini: “Jawatankuasa Induk (JKI)” merujuk kepada jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Ceraian UP.6.1.1 - Panduan Mewujudkan Search Committee dan Proses Pelaksanaan Pelan Penggantian (Succession Planning) bagi menjalankan fungsi utama memperakukan calon SME kepada Lembaga Kenaikan Pangkat; “Jawatankuasa Kerja (JKK)” merujuk kepada jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Ceraian UP.6.1.1 bagi menjalankan fungsi utama penilaian kepakaran SME; “jawatan strategik” bermaksud jawatan tertinggi dalam sebuah kementerian/ jabatan/ agensi/ bahagian/ cawangan atau apa-apa jawatan lain yang ditentukan oleh Ketua Perkhidmatan sama ada di peringkat persekutuan, negeri atau daerah yang mempunyai skop fungsi sebagai peneraju, penentu visi, misi dan objektif/ hala tuju, perancangan dan penilaian, pelan strategik dan dasar, penyelidikan dan pembangunan serta pengurusan sumber strategik yang melibatkan kewangan, modal insan dan harta modal; “kamus kompetensi kepakaran” bermaksud dokumen yang mengandungi hala tuju bidang, kriteria, tahap, pelan pembangunan dan program latihan SME; “Ketua Perkhidmatan” bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) sebagai Ketua Perkhidmatan; “Lembaga Kenaikan Pangkat (LKP)” bermaksud Suruhanjaya atau manamana Lembaga Kenaikan Pangkat bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy