Kemajuan Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam

 18 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS 7. Prinsip dan pelaksanaan kemajuan kerjaya laluan Pakar Bidang Khusus bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah sebagaimana yang dijelaskan dalam Garis Panduan Pelaksanaan Laluan Kerjaya Pakar Bidang Khusus di Lampiran UP.6.1.2(A). 8. Pelaksanaan dasar baharu kemajuan kerjaya laluan Pakar Bidang Khusus di bawah Ceraian ini adalah mulai 1 Januari 2025. KEKECUALIAN 9. Sebarang pengecualian dalam pelaksanaan laluan Pakar Bidang Khusus selain daripada ketetapan yang terkandung dalam Ceraian ini adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. PEMBATALAN 10. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran seperti di bawah adalah dibatalkan: a) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2016: Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan; dan b) Surat Edaran: JPA(S)226/6/4 Jld.6 (23) bertarikh 12 September 2017: Penjelasan Pelaksanaan Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) di Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. PEMAKAIAN 11. Tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy