Kemajuan Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam

 17 CERAIAN UP.6.1.2 DASAR BAHARU KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan kaedah pelaksanaan dasar baharu kemajuan kerjaya laluan pakar bidang khusus. LATAR BELAKANG DASAR BAHARU PAKAR BIDANG KHUSUS 2. Dalam usaha memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam, Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus telah ditambah baik di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) selaras dengan inisiatif pengekalan bakat terbaik dan berkepakaran tinggi. Dengan memberi penekanan kepada kompetensi dan berkemahiran tinggi dalam bidang kepakaran, laluan ini bertujuan untuk melahirkan pegawai yang berkaliber dan berkeupayaan menyumbang kepada pembangunan negara sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepakaran pihak luar. 3. Melalui inisiatif ini, pengiktirafan diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan yang memiliki keupayaan intelektual dan kepakaran yang tinggi, berpengalaman luas dalam bidang kepakaran serta menjadi sumber rujukan dalam dan luar organisasinya. Di samping itu, inisiatif ini juga diharapkan dapat meningkatkan motivasi serta keterlibatan pegawai dalam pembangunan negara dengan memberi pengiktirafan yang setimpal dengan sumbangan mereka. 4. Pelaksanaan inisiatif ini adalah melalui urusan pemangkuan/ kenaikan pangkat tanpa kekosongan jawatan secara Khas Untuk Penyandang (KUP) tertakluk kepada tapisan kepakaran dan diiktiraf oleh Lembaga Kenaikan Pangkat (LKP). 5. Bagi tujuan tersebut, Ketua Perkhidmatan bertanggungjawab mengenal pasti bidang kepakaran, kriteria kepakaran serta calon bersesuaian yang layak untuk dipertimbangkan oleh LKP sebagai pegawai Pakar Bidang Khusus. 6. Inisiatif ini tidak terpakai kepada mana-mana skim perkhidmatan yang telah diperuntukkan laluan kemajuan kerjaya khusus dan laluan kenaikan pangkat tanpa kekosongan jawatan atau seumpamanya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy