Kemajuan Kerjaya

 11 UP.6.1.2 KEKECUALIAN 5. Sebarang pengecualian dalam pelaksanaan laluan SME selain daripada ketetapan yang terkandung di dalam Ceraian ini adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. PEMBATALAN 6. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran seperti di bawah adalah dibatalkan. (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2016: Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan; dan (ii) Surat Edaran: JPA(S)226/6/4 Jld.6 (23) bertarikh 12 September 2017: Penjelasan Pelaksanaan Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) di Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. PEMAKAIAN 7. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy