13 (b) Hala tuju Jabatan Kementerian/ jabatan/ agensi perlu mengenal pasti hala tuju, matlamat dan visi masing-masing dengan jelas bagi memastikan sejauh mana Pelan Penggantian ini akan memberi impak kepada kementerian/ jabatan/ agensi. (c) Keperluan Kompetensi Masa Depan Jabatan Kementerian/ jabatan/ agensi perlu mengkaji kompetensi atau kemahiran pegawai yang diperlukan pada masa akan datang. Sebagai contoh, Kerajaan akan melaksanakan dasar pertanian negara secara lebih aktif dan atas sebab itu, pegawai pertanian yang akan dilantik perlu mempunyai kompetensi global. (d) Menentukan Bakat Yang Diperlukan dan Peranan Kritikal Kementerian/ jabatan/ agensi perlu mengenal pasti kedudukan jawatan yang diperlukan pada masa ini dan keperluan jawatan tersebut di masa akan datang. Kementerian/ jabatan/ agensi hendaklah melaksanakan penstrukturan semula organisasi masing-masing dan kajian terhadap sistem saraan sedia ada sekiranya perlu. Penilaian 3. Kementerian/ jabatan/ agensi perlu memantapkan proses mengenal pasti pegawai yang mempunyai kompetensi cemerlang, menentukan proses dan alat penilaian yang berkredibiliti dan berwibawa, melaksanakan pengurusan prestasi yang baik dan proses pemilihan dilaksanakan dengan adil. Kementerian/ jabatan/ agensi juga perlu menilai dan perbandingan kemahiran sedia ada dan yang diperlukan di masa akan datang. Antara persoalan yang berbangkit dalam memahami penilaian ini adalah berhubung dengan kaedah penyampaiannya kepada pegawai keperluan penggantian dan peluang yang ada untuk mereka. Hal ini kerana walaupun Pelan Penggantian dirancang dengan teliti, kejayaannya tidak dapat dijamin sepenuhnya. Pembangunan 4. Berdasarkan perbezaan kemahiran antara keupayaan pegawai dan kemahiran yang perlu di masa akan datang, kementerian/ jabatan/ agensi perlu sentiasa bersedia dengan pembangunan diri pegawai dengan mengenal pasti perkara seperi yang berikut:
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy