12 LAMPIRAN UP.6.1.1(B) PANDUAN PROSES PELAKSANAAN PELAN PENGGANTIAN 1. Jawatankuasa Induk (JKI) Search Committee atau Jawatankuasa Kerja (JKK) Search Committee dalam membuat keputusannya perlu melalui lima (5) peringkat proses pelaksanaan Pelan Penggantian. Lima (5) peringkat pelaksanaan Pelan Penggantian tersebut adalah seperti yang berikut: (a) Pengenalpastian; (b) Penilaian; (c) Pembangunan; (d) Pelaksanaan; dan (e) Kajian keberkesanan dan penambahbaikan. PERINGKAT PELAKSANAAN PELAN PENGGANTIAN Pengenalpastian 2. Kementerian/jabatan/agensi perlu membuat kajian mendalam terhadap organisasi masing-masing terlebih dahulu sebelum melakukan Pelan Penggantian tersebut. Kajian ini termasuk mengenal pasti komponen seperti yang berikut: (a) Demografi Demografi kementerian/jabatan/agensi dalam konteks kajian ini merujuk kepada maklumat perjawatan dan pengisiannya termasuk: (i) kekosongan jawatan kenaikan pangkat mengikut tahun; (ii) senarai pegawai mengikut gred dan kekananan; (iii) skim perkhidmatan yang terlibat; (iv) tempoh perkhidmatan; (v) kumpulan umur; dan (vi) anggaran pegawai bersara (pilihan/wajib) mengikut tahun.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy