Kemajuan Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam

 10 Peranan Lembaga Kenaikan Pangkat 8. Lembaga Kenaikan Pangkat (LKP) berperanan sebagai pihak berkuasa yang mempertimbangkan kertas perakuan yang dikemukakan oleh pihak Kementerian dan membuat keputusan berdasarkan undang-undang berkaitan dengan kenaikan pangkat yang berkuat kuasa. Panduan Proses Pelaksanaan Pelan Penggantian 9. Panduan proses pelaksanaan Pelan Penggantian adalah seperti di Lampiran UP.6.1.1(B) dan Model Proses Pelan Penggantian adalah seperti di Lampiran UP.6.1.1(C). KEKECUALIAN 10. Ceraian ini tidak terpakai kepada Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. PEMBATALAN 11. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2006: Panduan Mewujudkan Search Committee dan Proses Pelaksanaan Pelan Penggantian (Succession Planning) adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 12. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy