9 B. Jawatankuasa Kerja Search Committee (JKKSC) (a) Keanggotaan JKKSC Pengerusi : Ketua Perkhidmatan* Anggota : Semua Timbalan Ketua Pengarah* Pengurus Sumber Manusia Kementerian/Jabatan Urus setia : Bahagian/Unit PSM Kementerian/Jabatan * Bagi skim perkhidmatan yang mana Ketua Perkhidmatan adalah Ketua Setiausaha Kementerian, JKI boleh menetapkan keanggotaan JKK yang bersesuaian. (b) Tanggungjawab JKKSC (i) Melaksanakan dasar dalam merangka pelan penggantian jabatan secara menyeluruh, efektif dan rasional; (ii) Mengenal pasti dan menyenaraikan pegawai bagi tujuan Pelan Penggantian; (iii) Menilai Pelan Penggantian mengikut tempoh yang sesuai; (iv) Menyediakan senarai kekananan dan mencadangkan senarai pendek pegawai Gred 12 ke atas yang sesuai dalam pelaksanaan Pelan Penggantian secara menyeluruh, efektif dan rasional; (v) Menyenaraikan jawatan yang terlibat termasuk jawatan Ketua Jabatan dan jawatan strategik bagi Gred 12 ke atas; (vi) Mengkaji kedudukan perjawatan bagi memenuhi keperluan semasa, keperluan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun dan tempoh 6 hingga 10 tahun akan datang; (vii) Melaksanakan Pelan Penggantian berdasarkan kompetensi dengan mengambil kira pegawai yang cemerlang secara menyeluruh termasuk berprestasi tinggi berdasarkan sistem penilaian prestasi tahunan; dan (viii) Melaksanakan pembangunan kerjaya/diri pegawai dengan mengadakan sesi latihan/kursus khas (roadmap) dan penilaiannya.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy