Kemajuan Kerjaya

 8 UP.6.1.1 vii) Melaksanakan Pelan Penggantian berdasarkan kompetensi dengan mengambil kira pegawai yang cemerlang secara menyeluruh termasuk berprestasi tinggi berdaraskan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan keputusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK); dan viii) Melaksanakan pembangunan kerjaya/diri pegawai dengan mengadakan sesi latihan/kursus khas (roadmap) dan penilaiannya. Peranan Lembaga Kenaikan Pangkat 8. Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) dan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) berperanan sebagai pihak berkuasa yang mempertimbangkan kertas-kertas perakuan Kementerian dan membuat keputusan berdasarkan Peraturan-Peraturan Kenaikan Pangkat yang berkuatkuasa. Panduan Proses Pelaksanaan Pelan Penggantian 9. Panduan proses pelaksanaan Pelan Penggantian seperti di Lampiran UP.6.1.1(B) dan Model Proses Pelan Penggantian seperti di Lampiran UP.6.1.1(C). KEKECUALIAN 10. Ceraian ini tidak terpakai kepada Perkhidmatan Angkatan Tentera dan Polis. PEMBATALAN 11. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2006: Panduan Mewujudkan Search Committee dan Proses Pelaksanaan Pelan Penggantian (Succession Planning) adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 12. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy