Kemajuan Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam

 7 PELAKSANAAN Panduan Mewujudkan Search Committee dan Pelan Penggantian 5. Ceraian ini memperuntukkan panduan bagi menjelaskan kriteria pemilihan, pembentukan jawatankuasa dan proses pelaksanaan pelan penggantian bagi mengisi semua jawatan strategik. Kriteria Pemilihan 6. Kriteria pemilihan calon hendaklah mempunyai ciri personaliti unggul seperti yang berikut: (a) mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jelas serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang; (b) mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi dan mampu mendorong, mempengaruhi, mengarah atau menggerakkan pasukan; (c) mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi; (d) mempunyai daya tahan, daya saing yang tinggi dan berdikari serta mempunyai ciri keusahawanan dan kemahiran pengurusan yang tinggi; (e) mempunyai daya kreativiti yang tinggi, konstruktif, saintifik, progresif, inovatif, kritikal, global dan analitikal; (f) mempunyai pemikiran yang rasional, terbuka, berpandangan jauh, berketerampilan, bebas dan yakin; (g) mempunyai sifat jati diri dan patriotik; dan (h) beretika dan berakhlak mulia. Pembentukan Jawatankuasa 7. Jawatankuasa Search Committee di setiap kementerian/ jabatan terdiri daripada dua (2) jawatankuasa berasingan iaitu Jawatankuasa Induk Search Committee (JKISC) dan Jawatankuasa Kerja Search Committee (JKKSC). Model keanggotaan dan tanggungjawab kedua-dua jawatankuasa (rujuk Lampiran UP.6.1.1(A)) adalah seperti yang berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy