1-28 1. Mengadakan sesi taklimat kepada calon meliputi latar belakang dan matlamat program penilaian kepimpinan serta arahan pentadbiran. 2. Mengadakan sesi taklimat kepada panel penilai dan fasilitator sebelum bermula aktiviti penilaian bagi memastikan panel penilai dan fasilitator telah bersedia. 3. Melaksanakan pemantauan setiap aktiviti berjalan lancar dan mengikut ketetapan. 4. Menguruskan dokumen penilaian dan pemarkahan sebagai dokumen terperingkat. SELEPAS Sejurus selepas program penilaian pihak ketiga selesai, perkara yang perlu diberi perhatian ialah: 1. Menyediakan laporan keputusan program penilaian. 2. Menguruskan data perkembangan program penilaian pegawai dalam bentuk profil peribadi pegawai merangkumi latar belakang program penilaian pegawai, tarikh terakhir pegawai menduduki program penilaian dan status pencapaian penilaian pegawai. Senarai semak tadbir urus program penilaian pihak ketiga ialah seperti berikut : Senarai Semak Tadbir Urus Program Penilaian Pihak Ketiga Peringkat Perkara Tandakan (X) Perancangan pelaksanaan program Penggubalan soalan penilaian Sebelum Pelantikan panel penilai Pelantikan fasilitator
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy