Kemajuan Kerjaya

 1-27 LAMPIRAN G TADBIR URUS PROGRAM PENILAIAN PIHAK KETIGA SEBELUM Sebelum program penilaian pihak ketiga dijalankan, perkara yang perlu diberi perhatian ialah: 1. Perancangan pelaksanaan program merangkumi perkara berikut: a) membuat unjuran jumlah pegawai yang hendak dinilai; b) menetapkan bilangan siri, modul penilaian dan jadual pelaksanaan; dan c) membuat anggaran kos pelaksanaan seperti penginapan, makan, sewaan tempat, bayaran sagu hati yang disediakan kepada panel penggubal soalan, panel penilai, fasilitator dan urus setia tertakluk kepada peruntukan semasa Kerajaan, pekeliling perbendaharaan serta keperluan dasar lain dari semasa ke semasa. 2. Menggubal soalan penilaian berdasarkan kriteria yang ditetapkan. 3. Melantik panel penilai berdasarkan kriteria pemilihan yang ditetapkan. Contoh kriteria pemilihan panel ialah gred pegawai penilai sekurang-kurangnya satu gred lebih tinggi daripada gred pegawai yang dinilai, pengalaman dan tempoh perkhidmatan. 4. Melantik fasilitator berdasarkan kriteria pemilihan yang ditetapkan. Contoh kriteria pemilihan fasilitator ialah gred dan pengalaman. 5. Melaksanakan program pemantapan panel penilai dan fasilitator sebelum sesi program penilaian dilaksanakan. SEMASA Semasa program penilaian pihak ketiga dijalankan, perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy