6 “penilaian prestasi tahunan” ertinya sistem pengurusan prestasi tahunan pegawai melalui MyPerformance bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan dan MyKPI bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau mana-mana sistem pengurusan prestasi yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa; “Perkhidmatan Gunasama” ertinya mana-mana skim perkhidmatan yang mana Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; - “Search Committee” ertinya satu jawatankuasa yang dibentuk untuk mengesyorkan pegawai yang cemerlang untuk disenarai pendek bagi mengisi jawatan strategik. Kepentingan Search Committee Dan Pelan Penggantian 3. Secara umumnya, Search Committee berperanan sebagai tonggak utama dalam mengenal pasti pegawai cemerlang yang layak untuk mengisi jawatan strategik, manakala Pelan Penggantian pula berfungsi sebagai satu kaedah sokongan yang sistematik bagi menyokong Search Committee. 4. Search Committee dan Pelan Penggantian diwujudkan bagi tujuan yang berikut: (a) memastikan pegawai yang lebih kompeten mengisi semua jawatan strategik bagi memenuhi keperluan organisasi, kehendak pemegang taruh dan persekitaran dengan mengambil kira perkara seperti yang berikut: (i) matlamat jangka panjang sesebuah organisasi; (ii) keperluan pembangunan modal insan di organisasi; dan (iii) haluan dan jangkaan dalam pengurusan modal insan di organisasi. (b) meningkatkan ketelusan dalam urusan pemilihan, penggantian dan penempatan kerana setiap keputusan dibuat secara kolektif melalui satu jawatankuasa; dan (c) memantapkan struktur organisasi kementerian/ jabatan/ agensi/ bahagian/ cawangan dan mengekalkan perkhidmatan awam supaya sentiasa relevan dengan kehendak dan keperluan persekitaran.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy