Kelayakan Pergerakan Gaji Tahunan

 6 (iv) mana-mana entiti lain dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; “Jadual Gaji Minimum - Maksimum (JGMM)” ertinya jadual yang menunjukkan gaji minimum dan gaji maksimum bagi setiap gred; “ Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) ” ertinya amaun yang digunakan bagi pemberian pergerakan gaji yang ditetapkan mengikut gred dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM); “ Ketua Jabatan ” ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk bertindak bagi pihaknya; “ pegawai ” ertinya pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam yang dilantik oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak; “Pergerakan Gaji Tahunan (PGT)” ertinya peningkatan ke atas gaji hakiki pegawai pada kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) mengikut gred dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM); “ tahun penilaian ” ertinya tahun kalendar pegawai dinilai bermula 1 Januari sehingga 31 Disember dalam tahun berkenaan; “ tapisan tatatertib ” ertinya proses semakan rekod tatatertib oleh urus setia PPSM yang mengesahkan pegawai tidak dikenakan hukuman tatatertib bagi tahun penilaian; “ Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) ” ertinya tarikh berlakunya pergerakan gaji tahunan pegawai yang ditetapkan pada salah satu daripada empat tarikh dalam setahun iaitu 1 Januari, 1 April, 1 Julai atau 1 Oktober; “Tempoh Bergaji Penuh (TBP)” ertinya salah satu atau kombinasi tempoh menjalankan tugas jawatan dan tempoh cuti bergaji penuh; “tempoh cuti” ertinya tempoh pegawai diluluskan cuti (termasuk Hari Kelepasan Am, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Rehat Mingguan);

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy