Kelayakan Pergerakan Gaji Tahunan

 5 CERAIAN UP.9.1.1 DASAR KELAYAKAN PEMBERIAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menerangkan dasar kelayakan pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) kepada pegawai dalam perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG 2. Penetapan kelayakan pemberian PGT di bawah ketetapan sedia ada adalah berdasarkan penilaian prestasi, tempoh pegawai menjalankan tugas atau tempoh cuti yang diluluskan kepada pegawai dalam tahun penilaian tersebut sahaja. Dalam hal ini, terdapat pegawai yang mempunyai kes pelanggaran tatakelakuan turut diberikan kenaikan gaji tahunan memandangkan tapisan tatatertib tidak disyaratkan bagi kelayakan pemberian PGT sebelum ini. Oleh itu, bagi memastikan prinsip keadilan dalam pertimbangan kelayakan pemberian PGT, tapisan tatatertib dijadikan syarat tambahan selain daripada syarat lain yang ditetapkan. 3. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, dasar kelayakan pemberian PGT ditambah baik dengan memperkenalkan Prinsip Ganjaran Berasaskan Prestasi dan Tatakelakuan. Melalui dasar ini, kelayakan pemberian PGT bagi seseorang pegawai hendaklah dipertimbangkan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) bukan sahaja berdasarkan penilaian prestasi, tempoh pegawai menjalankan tugas dan tempoh cuti yang diluluskan tetapi turut termasuk tatakelakuan pegawai dalam tahun penilaian. TAFSIRAN 4. Bagi maksud pemakaian Ceraian ini — “Gaji hakiki” ertinya gaji pokok yang ditetapkan ke atas seseorang pegawai berdasarkan gred dan skim perkhidmatan; “ jabatan ” termasuklah— (i) sesuatu Kementerian; (ii) sesuatu Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri atau daerah dalam Persekutuan; (iii) sesuatu Jabatan Persekutuan di luar negara; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy