Kelayakan Pergerakan Gaji Tahunan

 1 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan _____________________________________________________________________ PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________ DASAR KELAYAKAN PEMBERIAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN VERSI 1.0 (2024) TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia ini bertujuan untuk menjelaskan dasar kelayakan pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) bagi pegawai perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG 2. PGT merupakan suatu bentuk pemberian ganjaran berasaskan prestasi pegawai dalam tahun penilaian. Bagi memastikan pelaksanaan pemberian PGT kepada pegawai perkhidmatan awam adalah teratur dan selaras dengan dasar semasa, Kerajaan memperkenalkan penambahbaikan kepada dasar kelayakan pemberian PGT sedia ada dengan penambahan syarat tapisan tatatertib di bawah pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DIRECTOR-GENERAL OF PUBLIC SERVICE Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Public Service Department, Malaysia Aras 13, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy