Kelayakan Pergerakan Gaji Tahunan
15 PEMBATALAN 38. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan (PP), Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) dan Surat Edaran (SE) seperti yang berikut adalah dibatalkan: (i) Perenggan 50, Perenggan 54, Perenggan 63 dan Perenggan 64, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002: Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan; (ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2002: Kaedah Pergerakan Gaji Pegawai Cuti Belajar Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji Di Bawah Sistem Saraan Malaysia; (iii) Perenggan 5.1(f), Perenggan 5.2(g) dan Perenggan 5.3(e), Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2009: Kesan Ke Atas Perkhidmatan Bagi Pegawai Yang Diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji Dan Cuti Tanpa Gaji; (iv) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2009: Panduan Pelaksanaan Kaedah Pergerakan Gaji Tahunan Bagi Pegawai Dalam Tempoh Percubaan; (v) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2019: Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Diawalkan Kepada Pegawai Yang Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan Sebelum Tarikh Pergerakan Gaji; (vi) Perenggan 13 dan Perenggan 14, Ceraian UP.1.2.2: Dasar Baru Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap; (vii) Perenggan 10(iv), Ceraian SR.5.2.2: Kemudahan Cuti Menjaga Anak; (viii) Perenggan 15, Ceraian SR.5.1.4: Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikut Pasangan Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Di Luar Negara; dan (ix) Perenggan 56, Perenggan 57 dan Perenggan 58, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024: Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy