Kelayakan Pergerakan Gaji Tahunan

 14 33. Selaras dengan P.U. (A) 395/1993, pegawai yang dikenakan hukuman tangguh pergerakan gaji atau turun gaji di bawah P.U. (A) 395/1993 tidak berhak menerima apa- apa pergerakan gaji dalam tempoh hukuman itu sedang berkuat kuasa. Selepas tamatnya tempoh hukuman tatatertib tersebut, PPSM hendaklah melaksanakan kesan tapisan tatatertib ke atas pemberian PGT pegawai pada TPG yang berikutnya. 34. Simulasi kesan tapisan tatatertib ke atas kelayakan pemberian PGT adalah seperti di Lampiran UP.9.1.1(B) - Simulasi 14 dan Simulasi 15 . TEMPOH HAD MASA BAGI TUJUAN PERTIMBANGAN KELAYAKAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN 35. Sekiranya pegawai tidak menerima keputusan kelayakan PGT daripada PPSM pada tahun berkenaan, pegawai diberikan tempoh selewat-lewatnya sehingga 31 Mac tahun berikutnya untuk mengemukakan permohonan kepada PPSM. Sekiranya terdapat permohonan yang diterima selepas tarikh berkenaan, pemberian kelayakan PGT adalah tertakluk kepada pertimbangan PPSM. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN DAN PANEL PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA 36. Dalam melaksanakan pemberian PGT ini, Ketua Jabatan dan PPSM bertanggungjawab untuk memastikan perkara seperti yang berikut: (i) PGT hanya diberikan kepada pegawai yang layak dan hendaklah berdasarkan ketetapan yang sedang berkuat kuasa; (ii) memaklumkan keputusan pemberian kelayakan PGT sama ada layak atau tidak layak kepada pegawai. Contoh format pemakluman keputusan adalah seperti di Lampiran UP.9.1.1(C) ; dan (iii) pemberian kelayakan PGT hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK). TARIKH KUAT KUASA 37. Ceraian ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy