Kelayakan Pergerakan Gaji Tahunan

 13 29. Pegawai layak diberikan PGT bagi tempoh PGT yang ditahan sekiranya — (i) pegawai telah dibebaskan daripada pertuduhan jenayah; (ii) pegawai telah dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan jenayah; (iii) pegawai telah dibebaskan daripada apa-apa pertuduhan tatatertib; atau (iv) prosiding tatatertib pegawai berkeputusan dengan dikenakan suatu hukuman tatatertib selain daripada hukuman buang kerja. TEMPOH YANG TIDAK MELAYAKKAN PEMBERIAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN 30. Tempoh yang tidak melayakkan pemberian PGT adalah merujuk kepada tempoh tidak menjalankan tugas jawatan melebihi 180 hari dalam tahun penilaian bagi mana- mana satu atau kombinasi keadaan yang berikut: (i) pegawai mengambil Cuti Separuh Gaji (CSG) atau Cuti Tanpa Gaji (CTG) atau kombinasi CSG dan CTG; (ii) tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah; (iii) menjalani hukuman penjara atau apa-apa perintah tahanan buang negeri; (iv) menjalani rawatan dan pemulihan menurut perintah di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [ Akta 283 ]. 31. Simulasi adalah seperti di Lampiran UP.9.1.1(B) - Simulasi 10, Simulasi 11, Simulasi 12 dan Simulasi 13. KESAN TAPISAN TATATERTIB KE ATAS KELAYAKAN PEMBERIAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN 32. Pegawai disifatkan sebagai gagal tapisan tatatertib sekiranya pegawai telah dikenakan hukuman tatatertib dalam tahun penilaian. Kesan ke atas kegagalan tapisan tatatertib menyebabkan pegawai tidak layak dipertimbangkan pemberian PGT bagi tahun berikutnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy