Kelayakan Pergerakan Gaji Tahunan
12 tertakluk kepada penilaian prestasi di agensi peminjam dan tidak tertakluk kepada maksimum tiga (3) kali sepanjang perkhidmatan. Pemberian Dan Kaedah PGT Diawalkan 25. Selain urusan perkhidmatan yang melibatkan kenaikan pangkat, pelaksanaan pemberian PGT diawalkan turut dilaksanakan bagi — (i) pegawai yang bersara paksa sebelum TPG; atau (ii) pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan sebelum TPG. 26. Bagi maksud menjalankan kuasa Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di bawah subperaturan 27(2) P.U. (A) 1/2012, PPSM Kementerian/ Jabatan/ Agensi adalah diwakilkan kuasa menurut subperaturan 62(1) P.U. (A) 1/2012 untuk mengawalkan PGT pegawai sebagaimana yang diperuntukkan, tertakluk kepada syarat pemberian PGT yang telah ditetapkan. 27. Tertakluk kepada syarat pemberian PGT, pegawai yang layak mendapat PGT diawalkan berdasarkan Ceraian ini adalah seperti yang berikut: (i) pegawai yang berada di tahun terakhir perkhidmatannya sebelum bersara paksa dan tarikh persaraan tersebut adalah sebelum TPG pegawai pada tahun berkenaan. TPG pegawai akan diawalkan ke hari terakhir perkhidmatan pegawai. Bersara paksa adalah mengikut subseksyen 10(1) Akta Pencen 1980 [ Akta 227 ] dan subseksyen 6A(5B) Akta 227, atau subseksyen 10(1) Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [ Akta 239 ] dan subseksyen 6A(5B) Akta 239; atau (ii) pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan sebelum TPG pegawai pada tahun berkenaan. Dalam hal ini, TPG pegawai tersebut akan diawalkan pada tarikh pegawai meninggal dunia. Pegawai Dalam Perintah Tahan Kerja atau Perintah Gantung Kerja 28. PPSM hendaklah menahan PGT pegawai yang dikenakan Perintah Tahan Kerja di bawah peraturan 44 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [ P.U. (A) 395/1993 ] atau Perintah Gantung Kerja di bawah peraturan 45 P.U. (A) 395/1993 mulai tempoh perintah tersebut berkuat kuasa sehingga Pihak Berkuasa Tatatertib (PBTT) membuat keputusan berhubung dengan kes tatatertib pegawai.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy