Kelayakan Pergerakan Gaji Tahunan

 11 tersebut. Simulasi adalah seperti di Lampiran UP.9.1.1(B) - Simulasi 8 . Walau bagaimanapun, bagi pegawai yang dilanjutkan tempoh percubaan dengan denda boleh dipertimbangkan PGT sebelum atau pada tempoh percubaan pegawai dilanjutkan dengan denda berdasarkan keadaan seperti yang berikut: (a) pegawai yang TPG tahunannya adalah sama dengan tarikh pelanjutan tempoh percubaan dengan denda tetapi belum mendapat PGT kali ketiga dalam tempoh percubaan asalnya. Simulasi adalah seperti di Lampiran UP.9.1.1(B) - Simulasi 8(a) ; atau (b) pegawai belum memperoleh PGT kali ketiga dalam tempoh percubaan asalnya. Hal ini antara lain disebabkan PPSM belum memutuskan PGT pada tarikh pelanjutan tempoh percubaan dengan denda. Simulasi adalah seperti di Lampiran UP.9.1.1(B) - Simulasi 8(b). (ii) pegawai yang dilanjutkan tempoh percubaan dengan denda, TPG asal berubah kepada TPG baharu berdasarkan tarikh pengesahan dalam perkhidmatannya dan diberikan pada tahun berikutnya. Simulasi adalah seperti di Lampiran UP.9.1.1(B) - Simulasi 9. Walau bagaimanapun, bagi pegawai yang telah dilanjutkan tempoh percubaan dengan denda dan disahkan dalam perkhidmatan sebelum melepasi TPG berikutnya, TPG pegawai kekal mengikut TPG asal. Simulasi adalah seperti di Lampiran UP.9.1.1(B) - Simulasi 9(a). Pegawai Berada Di Jawatan Kumpulan 23. PGT pegawai yang ditempatkan di Jawatan Kumpulan (selain daripada penempatan disebabkan cuti atau peminjaman) melebihi tempoh 180 hari dalam tahun penilaian boleh dipertimbangkan pemberian PGT secara sebenar tertakluk kepada syarat kelayakan yang telah ditetapkan di perenggan 7 Ceraian ini. Pegawai Dalam Tempoh Peminjaman atau Pertukaran Sementara 24. PGT pegawai di perkhidmatan hakiki dalam tempoh peminjaman atau pertukaran sementara diputuskan oleh PPSM di agensi pembekal dan diberikan PGT secara isyarat, dengan syarat tempoh peminjaman atau pertukaran sementara dalam tahun penilaian adalah melebihi 180 hari. Pemberian PGT secara isyarat ini tidak

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy