Kelayakan Pergerakan Gaji Tahunan

 10 (ii) PGT secara isyarat yang tidak tertakluk kepada maksimum tiga (3) kali sepanjang tempoh perkhidmatan diberikan kepada perkhidmatan pegawai di agensi pembekal dalam tempoh peminjaman atau pertukaran sementara pegawai di agensi peminjam. Ketetapan di perenggan 16(i)(f) tidak terpakai kepada pegawai di bawah kategori ini. 17. Pegawai yang menerima PGT secara isyarat dikecualikan daripada syarat di bawah perenggan 7(i) Ceraian ini. 18. Sekiranya pegawai diberikan PGT secara isyarat semasa dalam tempoh cuti tanpa gaji sehingga tarikh persaraan, gaji akhir pegawai akan diselaraskan termasuk PGT tersebut sehari sebelum tarikh persaraan. PEMBERIAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN BAGI PEGAWAI DALAM SITUASI TERTENTU Pegawai Dalam Tempoh Percubaan 19. Pegawai yang berada dalam tempoh percubaan layak dipertimbangkan PGT sebanyak tiga (3) kali semasa dalam tempoh percubaan asal tertakluk kepada syarat kelayakan yang ditetapkan bagi tahun penilaian prestasi sebagaimana di perenggan 7 Ceraian ini. Kaedah ini juga terpakai kepada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan sebelum genap tiga (3) tahun tempoh percubaan. Simulasi adalah seperti di Lampiran UP.9.1.1(B) - Simulasi 6 . 20. Bagi pegawai yang diluluskan pelanjutan tempoh percubaan tanpa denda , pelanjutan tersebut tidak memberi kesan dari segi PGT dan TPG pegawai. Pegawai yang dilanjutkan tempoh percubaan tanpa denda layak dipertimbangkan PGT pada TPG asal tertakluk kepada keputusan PPSM. Simulasi adalah seperti di Lampiran UP.9.1.1(B) - Simulasi 7 . 21. Selaras dengan peraturan 32 P.U. (A) 1/2012, pegawai yang dilanjutkan tempoh percubaan dengan denda tidak layak mendapat apa-apa PGT semasa dalam tempoh pelanjutan percubaannya dan tertakluk kepada tarikh pengesahan dalam perkhidmatannya. 22. Ketetapan kelayakan pemberian PGT bagi pegawai dalam tempoh percubaan dengan denda tersebut adalah seperti yang berikut: (i) pegawai yang dilanjutkan tempoh percubaan dengan denda tidak layak diberikan PGT semasa pelanjutan tempoh percubaan dengan denda

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy