Kelayakan Pergerakan Gaji Tahunan
9 KAEDAH PEMBERIAN PGT SECARA ISYARAT 13. Pemberian PGT secara isyarat adalah merujuk kepada kaedah pemberian PGT yang layak dibayar secara prinsip mengikut tarikh pergerakan gaji tahunan pegawai tersebut. Semua kelayakan PGT secara isyarat pegawai tersebut semasa CTG akan diselaraskan kepada sebenar pada tarikh pegawai melapor diri bertugas semula. 14. Pegawai layak dipertimbangkan pemberian PGT secara isyarat sekiranya memenuhi syarat kelayakan pemberian PGT sebagaimana yang disenaraikan di perenggan 7(ii), (iii) dan (iv) Ceraian ini. 15. Bagi maksud pengiraan tempoh yang melayakkan pemberian PGT secara isyarat, pegawai dikehendaki memenuhi Tempoh Bergaji Penuh (TBP) tidak melebihi atau sama dengan 180 hari bagi tahun penilaian. 16. Terdapat dua (2) kategori pemberian PGT secara isyarat seperti yang berikut: (i) PGT secara isyarat yang tertakluk kepada maksimum tiga (3) kali sepanjang tempoh perkhidmatan dengan Kerajaan sama ada perkhidmatan itu berterusan atau terputus diberikan sekiranya pegawai diluluskan tempoh cuti melebihi 180 hari dalam tahun penilaian bagi salah satu atau mana-mana kombinasi cuti yang berikut: (a) Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG); (b) Cuti Separuh Gaji bagi Cuti Sakit Tibi, Kusta dan Barah (CSGTKB); (c) Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG); (d) Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Di Luar Negeri (CMP); (e) Cuti Menjaga Anak (CMA). Simulasi pemberian PGT secara isyarat adalah seperti di Lampiran UP.9.1.1(B) - Simulasi 3 dan Lampiran UP.9.1.1(B) - Simulasi 4 . (f) Walau apa pun ketetapan di perenggan 13, sekiranya pegawai yang layak menerima PGT secara isyarat itu telah kembali bertugas sebelum TPG tahun berkenaan, pemberian PGT akan diselaraskan secara sebenar pada TPG tahun yang berikutnya. Simulasi pemberian PGT secara isyarat adalah seperti di Lampiran UP.9.1.1(B) - Simulasi 5 .
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy