Kelayakan Pergerakan Gaji Tahunan

 8 KAEDAH PEMBERIAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN 8. Terdapat dua (2) kaedah pemberian PGT kepada pegawai seperti yang berikut: (i) PGT secara sebenar; dan (ii) PGT secara isyarat. Lampiran UP.9.1.1(A) m enunjukkan Jadual Keseluruhan Kaedah, Tempoh dan Syarat Kelayakan Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan. KAEDAH PEMBERIAN PGT SECARA SEBENAR 9. Pemberian PGT secara sebenar adalah merujuk kepada kaedah pemberian PGT yang layak dibayar mengikut tarikh pergerakan gaji tahunan pegawai tersebut. Pegawai layak dipertimbangkan PGT secara sebenar sekiranya memenuhi semua syarat kelayakan PGT sebagaimana yang ditetapkan dalam perenggan 7 Ceraian ini. 10. Bagi maksud pengiraan tempoh yang melayakkan PGT secara sebenar, pegawai dikehendaki memenuhi Tempoh Bergaji Penuh (TBP) melebihi 180 hari dalam tahun penilaian berdasarkan dua (2) keadaan yang berikut: (i) sekiranya tempoh menjalankan tugas jawatan melebihi tempoh cuti bergaji penuh, pegawai layak diberikan PGT secara sebenar dan tertakluk kepada penilaian prestasi dalam tahun penilaian; atau (ii) sekiranya tempoh menjalankan tugas jawatan tidak melebihi atau sama dengan tempoh cuti bergaji penuh, pegawai layak diberikan PGT secara sebenar tetapi dikecualikan daripada penilaian prestasi tahunan bagi tahun penilaian tersebut dan diberikan status Tidak Sesuai Dinilai . 11. Bagi pegawai yang layak diberikan PGT secara sebenar dan berada dalam tempoh CTG pada TPG pegawai, PGT tersebut akan diselaraskan secara sebenar pada tarikh pegawai melapor diri bertugas semula dan tidak dikebelakangkan. 12. Simulasi pemberian PGT secara sebenar adalah seperti di Lampiran UP.9.1.1(B) - Simulasi 1 d an Lampiran UP.9.1.1(B) - Simulasi 2 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy