Kelayakan Pergerakan Gaji Tahunan

 7 “ tempoh menjalankan tugas jawatan ” ertinya tempoh pegawai menjalankan tugas jawatan sepanjang tahun penilaian (termasuk Hari Kelepasan Am, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Rehat Mingguan); “Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Pasukan Polis atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, mengikut mana-mana yang berkenaan. PENETAPAN KELAYAKAN PEMBERIAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN 5. Kelayakan dan asas pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) telah ditetapkan di bawah subperaturan 27(4) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [ P.U. (A) 1/2012 ] seperti yang berikut: “ Pergerakan gaji tahunan seseorang pegawai hendaklah berasaskan pencapaian kerja tahunan pegawai itu atau apa-apa syarat lain yang ditentukan Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa .” PRINSIP KELAYAKAN PEMBERIAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN 6. Kelayakan pemberian PGT hendaklah dilaksanakan berdasarkan dua (2) prinsip yang berikut: (i) adil : diberikan secara saksama kepada pegawai yang layak; dan (ii) telus : diberikan berdasarkan kriteria yang jelas. SYARAT KELAYAKAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN 7. Kelayakan PGT kepada pegawai adalah tertakluk kepada syarat seperti yang berikut: (i) memperoleh markah penilaian prestasi 75% dan ke atas bagi tahun penilaian; (ii) lulus tapisan tatatertib bagi tahun penilaian; (iii) memenuhi tempoh yang melayakkan PGT bagi tahun penilaian; dan (iv) diperakukan oleh PPSM.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy