Waktu Bekerja

 91 A. ELAUN LEBIH MASA WAKTU BEKERJA PEJABAT (WBP) 1. Pegawai yang terlibat dengan WBP adalah tertakluk kepada peraturan di bawah PPSM Ceraian SR.4.1.1 : Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi di Agensi Kerajaan Persekutuan. 2. Pegawai hendaklah mematuhi waktu bekerja sehari yang telah ditetapkan dengan memastikan jumlah jam bekerja dipatuhi. 3. ELM boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat arahan kerja lebih masa yang telah dikeluarkan secara bertulis oleh Ketua Jabatan dan dilaksanakan di luar waktu bekerja yang telah ditetapkan iaitu pada HBB, HRM, HKM dan HKA . 4. ELM yang boleh dituntut oleh pegawai ialah berdasarkan jumlah waktu kerja yang dilaksanakan di luar waktu kerja pegawai tidak termasuk waktu makan, rehat, sembahyang dan sebagainya. Bagi pegawai yang sedang menanggung kerja, jumlah KLM hendaklah ditolak dengan 2 jam 15 minit pada hari bekerja biasa. SIMULASI PENGIRAAN KLM DAN ELM WBP 5. Berikut adalah contoh kiraan KLM dan ELM berdasarkan situasi seperti berikut: I. melaksanakan KLM pada HBB iaitu di luar waktu bekerja biasa pegawai pada hari bekerja ( Contoh I ); II. melaksanakan KLM pada HRM / HKM / HKA ( Contoh II ); III. melaksanakan KLM pada HBB , bagi pegawai yang sedang menikmati Elaun Penanggungan Kerja (EPK) ( Contoh III dan Contoh IV ); dan IV. melaksanakan KLM pada HRM, HKM atau HKA bagi pegawai yang sedang menikmati Elaun Penanggungan Kerja (EPK) ( Contoh V ).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy