Waktu Bekerja
89 b. ‘Kerja Malam' bermaksud sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 10:00 malam hingga 6:00 pagi. c. ‘Kerja Kecemasan’ bermaksud kerja -kerja kecemasan yang berkaitan dengan pemulihan semula perhubungan atau perkhidmatan yang terputus atau terganggu, di mana ia dianggap berakhir apabila perhubungan telah tersambung semula/ perkhidmatan penting telah berjalan semula/ kedua-duanya terlepas daripada gangguan/ ancaman. ELAUN LEBIH MASA 6. PPSM Ceraian SR.4.3.1: Kerja Lebih Masa dan Elaun Lebih Masa, Perenggan 6 menyatakan bahawa kerja lebih masa layak dibayar ELM termasuk yang dilaksanakan dalam atau luar pejabat tertakluk kepada peraturan-peraturan yang berkuat kuasa. 7. Arahan KLM hendaklah dikemukakan oleh KJ secara bertulis seperti melalui memo atau diminitkan dengan jelas . Dalam konteks arahan KLM, KJ merujuk kepada seseorang yang mengetuai sesebuah organisasi sama ada di peringkat kementerian, jabatan termasuk jabatan di peringkat negeri, daerah atau bahagian dalam sesebuah organisasi. 8. KJ hendaklah memastikan arahan KLM yang dikeluarkan itu benar-benar perlu dilakukan dan KJ juga hendaklah memastikan jabatan mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi bagi tujuan pembayaran ELM tersebut. 9. Formula kiraan bayaran ELM adalah seperti berikut: ELM = Kadar sejam x Pekali x Jumlah Jam KLM 10. Formula kadar sejam tuntutan ELM adalah seperti berikut: Kadar sejam = Gaji pokok sebulan x 12 bulan 313 hari x 8 jam 11. Pekali ialah mengikut jenis KLM dengan kadar seperti di Lembaran SR.4.3.1(A) . 12. Ketua Jabatan hendaklah memastikan hanya tempoh kerja lebih masa sebenar iaitu yang telah ditolak dengan waktu-waktu pegawai tidak melaksanakan tugas seperti waktu rehat, waktu makan, waktu sembahyang dan sebagainya sahaja yang layak dibayar ELM.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy