Waktu Bekerja

 88 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA TUJUAN 1. Selaras dengan penambahbaikan waktu bekerja syif melalui pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), terdapat keperluan untuk Garis Panduan ini dikeluarkan bagi memberi penerangan mengenai pengiraan jumlah Kerja Lebih Masa (KLM) dan Elaun Lebih Masa (ELM) untuk kegunaan semua Pusat Tanggung Jawab (PTJ) bagi tujuan pembayaran. PERATURAN KUAT KUASA 2. Garis Panduan (GP) ini hendaklah dirujuk dan dibaca bersekali dengan peruntukan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Ceraian SR.4.1.1 : Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi di Agensi Kerajaan Persekutuan, Ceraian SR.4.4.1: Waktu Bekerja Bukan Pejabat dan Ceraian SR.4.3.1 : Kerja Lebih Masa dan Elaun Lebih Masa serta peraturan- peraturan lain yang berkuat kuasa. KERJA LEBIH MASA 3. PPSM Ceraian SR.4.3.1 : Kerja Lebih Masa dan Elaun Lebih Masa, perenggan 4 menyatakan bahawa Kerja Lebih Masa (KLM) bermaksud sebarang jenis kerja lebih masa atas arahan Ketua Jabatan secara bertulis yang dilaksanakan di luar waktu bekerja biasa ditetapkan kepada seseorang pegawai (Waktu Bekerja Pejabat/ Waktu Bekerja Bukan Pejabat) termasuk Hari Rehat Mingguan (HRM), Hari Kelepasan Mingguan (HKM) dan Hari Kelepasan Am (HKA) untuk menjalankan tugas-tugas rasmi seseorang pegawai yang berkaitan dengan tugas hakikinya atau tugas rasmi bagi jabatannya atas kepentingan awam atau kepentingan perkhidmatan. Ini termasuk juga tempoh waktu bekerja syif seperti ditetapkan oleh Ketua Jabatan yang melebihi 45 jam seminggu atau purata 45 jam seminggu. 4. Dalam mempertimbangkan arahan kerja lebih masa, tanggungjawab Ketua Jabatan adalah memastikan supaya arahan kerja lebih masa tersebut adalah menepati syarat-syarat kerja lebih masa yang telah ditetapkan dalam Ceraian SR.4.3.1: Kerja Lebih Masa dan Elaun Lebih Masa . 5. Terdapat tiga (3) jenis kerja lebih masa iaitu kerja siang, kerja malam dan kerja kecemasan: a. ‘Kerja Siang' bermaksud sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 6:00 pagi hingga 10:00 malam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy