Waktu Bekerja

 88 i. jumlah jam bekerja seminggu adalah 45 jam termasuk waktu rehat; ii. sekiranya jumlah jam bekerja adalah kurang 45 jam seminggu, maka pengiraan 45 jam secara purata selama empat (4) minggu berturutan boleh diambil kira; iii. sekiranya, jumlah purata jam bekerja bagi tempoh empat (4) minggu berturutan melebihi 45 jam, tempoh jam yang lebih itu hendaklah dianggap sebagai kerja lebih masa. Ini kerana pegawai telah bekerja melebihi jumlah jam bekerja yang ditetapkan oleh Kerajaan; iv. jumlah jam bekerja sehari adalah di antara lapan (8) jam hingga 12 jam termasuk satu (1) jam rehat dalam tempoh waktu bekerja tersebut; v. Ketua Jabatan dibenarkan untuk menyusun giliran hari bekerja antara empat (4) hari hingga enam (6) hari seminggu tertakluk kepada jumlah jam bekerja seminggu dipatuhi. Seminggu ialah tempoh tujuh (7) hari yang berterusan bermula pada hari Isnin; vi. pegawai juga hendaklah diberikan minimum satu (1) hari rehat atau maksimum tiga (3) hari rehat dalam seminggu tertakluk kepada penyusunan giliran jadual bertugas. Sekiranya hanya satu (1) hari rehat diberikan kepada pegawai, hari rehat tersebut dikenali sebagai Hari Kelepasan Mingguan (HKM). Jika hari rehat diberikan lebih dari satu (1) hari, hari rehat tambahan dikenali sebagai Hari Rehat Mingguan (HRM). Dalam hal ini, Ketua Jabatan hendaklah menetapkan penyusunan HKM dan HRM pegawainya bagi memudahkan urusan pentadbiran khususnya berkaitan tuntutan bayaran Elaun Lebih Masa (ELM); vii. sekiranya giliran bertugas pegawai jatuh pada Hari Kelepasan Am, maka pegawai hendaklah bertugas mengikut giliran pada hari tersebut. Walau bagaimanapun, pegawai layak menuntut ELM atas kadar Hari Kelepasan untuk jumlah jam bertugas mengikut gilirannya. Sekiranya pegawai ingin bercuti pada hari tersebut, maka pegawai hendaklah memohon cuti rehat yang berkelayakan baginya; dan viii. hari bagi Waktu Bekerja Syif adalah satu tempoh berterusan 24 jam bermula dari bila-bila masa pegawai itu memulakan kerja syif pada hari itu dan hanya satu (1) syif dibenarkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy