Waktu Bekerja

 85 21. Jika tempat bekerja jauh dari tempat melapor diri, bayaran ELM pegawai dikira dari tempat melaporkan diri dan dianggap menamatkan kerja di tempat yang sama. 22. Pegawai yang sedang bercuti rehat boleh diarahkan bekerja lebih masa dan layak bayaran ELM setelah membatalkan cuti rehatnya. 23. Bagi pegawai yang bekerja secara Waktu Bekerja Syif/ Waktu Bekerja Terputusputus, tuntutan ELM hanya boleh dilakukan apabila jumlah waktu bekerja dalam seminggu telah melebihi jumlah waktu bekerja yang ditetapkan iaitu 45 jam seminggu atau purata 45 jam bagi empat (4) minggu berturutan. 24. Bagi pegawai yang terlibat dengan Waktu Bekerja Syif/ Waktu Bekerja Terputus-putus, jika Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan pegawai, maka kelayakan Hari Kelepasan Am itu adalah dibawa ke hari berikutnya. Jika pegawai diarahkan bertugas pada hari tersebut, maka pegawai adalah layak dibayar ELM. Contoh: Hari Kelepasan Mingguan Pegawai Hari Kelepasan Am Kelayakan Hari Kelepasan Am Pegawai Rabu Rabu Dibawa ke hari Khamis Tuntutan ELM: Layak dibayar ELM atas kadar Hari Kelepasan Am jika pegawai bertugas pada Hari Khamis. 25. ELM dibayar berdasarkan tempoh masa KLM sebenar tidak termasuk antaranya masa rehat, masa makan dan masa sembahyang. 26. Pegawai yang menanggung kerja layak menerima ELM. ELM tersebut hanya boleh dibayar bagi KLM yang dilaksanakan dengan menolak dua (2) jam 15 minit daripada jumlah jam KLM pada hari pegawai menjalankan KLM tersebut, tidak termasuk kerja-kerja lebih masa yang dilaksanakan pada Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am. Peruntukan ini tidak termasuk pengumpulan jumlah KLM untuk Cuti Gantian di bawah peraturan semasa. 27. Ketua Jabatan hendaklah memastikan arahan KLM yang dikeluarkan itu benarbenar perlu dilakukan. Ketua Jabatan juga hendaklah memastikan jabatan mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi bagi tujuan membayar ELM tersebut. TARIKH BERKUAT KUASA 28. Ceraian ini berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy