84 Contoh 1: Pegawai telah diarahkan untuk menjalankan kerja di luar pejabat. Pegawai bertolak pada jam 5 pagi dari Labuan (Ibu Pejabat pegawai) ke Putrajaya dan Pegawai menjalankan tugas-tugasnya dan setelah tamat pegawai pulang semula ke Labuan pada hari yang sama. Sekiranya masa perjalanan pergi dan balik pegawai adalah di luar waktu bekerja biasanya, maka pegawai layak menuntut ELM. Contoh 2: Pegawai telah diarahkan untuk menjalankan kerja di luar pejabat. Pegawai bertolak dari Labuan (Ibu Pejabat pegawai) ke Putrajaya. Pegawai menjalankan tugastugasnya dan setelah tamat, pegawai bermalam di Putrajaya. Dalam hal ini, pegawai tidak layak menuntut ELM bagi masa dalam perjalanan di luar waktu bekerja biasanya. 20. Bagi pegawai yang bertugas di luar kawasan pejabatnya, maka tuntutan bayaran ELM hendaklah dikira berdasarkan lokasi pejabat pegawai berkenaan. Contoh: Situasi 1 Jika seorang pegawai yang pejabatnya di Kuala Lumpur dan diarah menjalankan tugas hakikinya pada hari Ahad ke Terengganu. Hari Kelepasan Mingguan Pegawai adalah Hari Ahad manakala Hari Kelepasan Mingguan di Terengganu adalah pada hari Jumaat. Maka, pegawai adalah layak menuntut bayaran ELM pada hari Ahad atas kadar Hari Rehat Biasa. Situasi 2 Jika pegawai yang pejabatnya di Terengganu dan diarah menjalankan tugas hakikinya ke Kuala Lumpur pada hari Jumaat. Hari Kelepasan Mingguan pegawai adalah hari Jumaat, manakala Hari Kelepasan Mingguan di Kuala Lumpur adalah pada hari Ahad. Pegawai adalah layak menuntut bayaran ELM pada hari Jumaat atas kadar Hari Rehat Biasa.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy