Waktu Bekerja

 83 iii. sesuatu keadaan yang difikirkan sangat-sangat munasabah tetapi terkeluar daripada panduan di (i) dan (ii); dan iv. tuntutan hendaklah diluluskan oleh pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 12 dan ke atas. ELM Pembantu Khidmat Am (Melaksanakan Tugas Pemandu Kenderaan) 15. Pembantu Khidmat Am yang melaksanakan tugas sebagai pemandu kenderaan (selepas ini disebut sebagai PKA) yang diarah bekerja lebih masa di luar pejabat adalah layak menuntut bayaran ELM termasuk masa dalam perjalanan kerana tugas memandu merupakan tugas hakiki pemandu berkenaan. 16. Masa menunggu bagi seorang PKA kerana menjalankan tugas rasmi yang ada kaitan dengan tugas hakikinya atau jabatannya atau pegawai yang dibawanya boleh dikira sebagai kerja lebih masa. Walau bagaimanapun, jika tugas menunggu itu ada kaitan dengan kerja-kerja peribadi sama ada bagi dirinya atau bagi pegawai yang dibawanya, maka ia tidak dikira sebagai kerja lebih masa. Contohnya masa rehat makan tengah hari dan mengambil anak di sekolah. 17. PKA layak menuntut ELM bagi masa perjalanannya dari rumah pegawai ke pejabat atau sebaliknya. PKA adalah tidak layak menuntut bayaran ELM dari rumah PKA ke pejabat dan sebaliknya, sebelum bermula waktu bekerja pejabat (pagi) atau selepas waktu bekerja pejabat (petang) kerana menjalankan kerja-kerja lebih masa. Lain-lain 18. Pegawai yang layak menuntut bayaran ELM dan diarah menjalankan kerja-kerja lebih masa di luar kawasan pejabat adalah layak menuntut bayaran ELM dan juga elaunelaun bertugas rasmi di luar pejabat (seperti elaun makan, harian, sewa hotel, elaun perjalanan kenderaan dan sebagainya) tertakluk kepada peraturan dan syarat-syarat berkuat kuasa. 19. Bagi seseorang pegawai selain daripada PKA, masa dalam perjalanan boleh dikira sebagai kerja lebih masa jika tempoh waktu bertugas di luar waktu pejabat itu kurang daripada 24 jam. Jika tempoh tersebut melebihi 24 jam, maka seseorang pegawai tersebut adalah tidak layak dibayar ELM bagi masa dalam perjalanan itu.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy