Waktu Bekerja

 80 ELAUN LEBIH MASA 9. Pegawai yang diarah kerja lebih masa adalah layak dipertimbangkan ELM kecuali pegawai seperti di Jadual 1 berikut: Jadual 1: Tidak Layak Dipertimbangkan ELM Bil. Perkara a. Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi; b. Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional; c. Angkatan Tentera Malaysia; d. Polis Diraja Malaysia; e. Pegawai Penguat kuasa Maritim; f. Pegawai Penjara; g. Pegawai Bomba; h. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pelaksana yang mengajar di sekolah atau institusi pendidikan yang menikmati Cuti Rehat Khas; i. Pegawai yang Bekerja Dari Rumah (BDR); j. Pegawai yang menjadi peserta kursus/ seminar/ perhimpunan/ perarakan/ perbarisan dan seumpamanya; dan k. Pegawai yang telah diberi Cuti Gantian atau diberi Bayaran Khas Lain untuk kerja lebih masanya. 10. Pegawai yang tidak layak dibayar ELM/ Bayaran Khas Lain boleh menuntut Cuti Gantian (CG) kerana dipanggil bertugas lebih masa tertakluk kepada syarat yang ditetapkan di perenggan 11 di bawah. Ketua Jabatan boleh dengan budi bicaranya memberi CG kepada pegawai tertakluk kepada kepentingan awam/ kepentingan perkhidmatan. Sembilan (9) jam kerja lebih masa (tidak termasuk waktu rehat) adalah bersamaan dengan satu (1) hari CG. Tempoh sah laku CG adalah dalam tempoh 6 bulan setelah diluluskan oleh Ketua Jabatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy