78 CERAIAN SR.4.3.1 KERJA LEBIH MASA DAN ELAUN LEBIH MASA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan mengenai peraturan dan pelaksanaan Kerja Lebih Masa (KLM) dan Elaun Lebih Masa (ELM) bagi pegawai yang meliputi kelayakan ELM, formula pengiraan ELM dan nilai pekali ELM. LATAR BELAKANG 2. Secara amnya pegawai adalah tertakluk kepada pematuhan peraturan Waktu Bekerja dengan memenuhi syarat waktu bekerja sehari dan mematuhi tempoh waktu masuk dan waktu pulang yang ditetapkan. 3. Walau bagaimanapun, apabila seseorang pegawai yang dikehendaki bekerja lebih daripada masa bekerja biasa yang ditetapkan baginya atau dipanggil bertugas dalam masa kecemasan, pegawai tersebut layak menerima ELM mengikut syarat dan kadar yang ditetapkan berdasarkan jenis kerja lebih masa yang dijalankan. TAFSIRAN 4. Bagi maksud Ceraian ini: “kerja lebih masa” bermaksud: sebarang jenis kerja lebih masa atas arahan Ketua Jabatan secara bertulis yang dilaksanakan di luar waktu bekerja biasa ditetapkan kepada seseorang pegawai (Waktu Bekerja Pejabat/ Waktu Bekerja Bukan Pejabat) termasuk Hari Rehat Mingguan (HRM), Hari Kelepasan Mingguan (HKM) dan Hari Kelepasan Am (HKA) untuk menjalankan tugas-tugas rasmi seseorang pegawai yang berkaitan dengan tugas hakikinya atau tugas rasmi bagi jabatannya atas kepentingan awam atau kepentingan perkhidmatan. “jenis kerja lebih masa” bermaksud: Kerja siang Sebarang giliran bertugas tambahan yang dilaksanakan di antara jam 6 pagi hingga 10 malam. Kerja malam Sebarang giliran bertugas tambahan yang dilaksanakan di antara jam 10 malam hingga 6 pagi. Kerja kecemasan Kerja-kerja kecemasan yang berkaitan dengan pemulihan semula perhubungan atau perkhidmatan yang terputus atau
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy