70 CERAIAN SR.4.2.5 PELEPASAN WAKTU BEKERJA KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENJALANKAN TUGAS RONDAAN DI BAWAH SKIM RONDAAN SUKARELA KAWASAN RUKUN TETANGGA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan pelepasan waktu bekerja kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang menjalankan tugas rondaan di bawah Skim Rondaan Sukarela di kawasan Rukun Tetangga. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah memperkenalkan Skim Rondaan Sukarela di kawasan Rukun Tetangga di seluruh Negara yang bertujuan untuk meningkatkan semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat dalam usaha pencegahan jenayah dan gejala sosial. PELAKSANAAN 3. Pelaksanaan pemberian pelepasan waktu bekerja kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang menjalankan tugas rondaan di bawah Skim Rondaan Sukarela di kawasan Rukun Tetangga adalah seperti berikut: a) pegawai hendaklah menjadi ahli Rukun tetangga di kawasan kediamannya dan terlibat dalam Skim Rondaan Sukarela. Ketua Jabatan boleh menghendaki pegawai mengemukakan dokumen pengesahan yang membuktikan pegawai menjadi ahli Rukun Tetangga; b) pegawai hendaklah mendapatkan kelulusan pelepasan waktu bekerja dari Ketua Jabatannya terlebih dahulu sebelum menjalankan tugas rondaan dengan menggunakan borang seperti di Lampiran SR.4.2.5(A) dan menyertakan dokumen sokongan iaitu jadual rondaan yang telah disahkan oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga kawasan tersebut. Pertimbangan oleh Ketua Jabatan hendaklah mengambil kira kepentingan perkhidmatan pegawai;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy