Waktu Bekerja

 68 CERAIAN SR.4.2.4 PELEPASAN WAKTU BEKERJA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENDERMA DARAH TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan pelepasan waktu bekerja bagi Pegawai Perkhidmatan Awam yang menderma darah. LATAR BELAKANG 2. Pada masa kini, kempen derma darah giat dijalankan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa dalam usaha memupuk kesedaran di kalangan masyarakat untuk menderma darah. Selaras dengan hasrat tersebut, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi kemudahan pelepasan waktu bekerja kepada pegawai Perkhidmatan Awam untuk melibatkan diri dalam aktiviti menderma darah. PELAKSANAAN 3. Ketua Jabatan bolehlah memberi pelepasan waktu bekerja dalam jangkamasa yang munasabah kepada pegawai untuk menderma darah. Ketua Jabatan perlu memastikan penyampaian perkhidmatan tidak terjejas ekoran daripada pelepasan waktu bekerja yang diberi kepada pegawai. PEMBATALAN 4. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Surat Edaran JPA(SARAAN)(S)1619 Klt.14(75) bertarikh 1 Jun 2009: Pelepasan Waktu Bekerja Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menderma Darah adalah dibatalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy